KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara, menurut Timbalan Menteri berkenaan Adly Zahari.
Beliau berkata selain meningkatkan industri pertahanan sedia ada, kertas dasar itu memberi fokus kepada industri baharu dalam pertahanan termasuk bidang siber.
"Industri pertahanan kita banyak terlibat dengan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) berbanding pembuatan. Kita mungkin ada industri pembuatan senjata dalam berskala sederhana dan kalau industri besar seperti LCS (Kapal Tempur Pesisir).
"Kita mahu kepakaran tempatan industri sedia ada dapat bertahan dan bersaing pada masa depan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengenai usaha mengembangkan industri pertahanan tempatan pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Sementara itu, Adly berkata kementerian sentiasa memastikan setiap perolehan aset-aset pertahanan yang dilaksanakan melalui kerajaan dengan kerajaan (G2G) mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa.
Beliau berkata rundingan hanya dilaksanakan dengan syarikat yang dipilih kerajaan negara berkenaan setelah kementerian membuat penilaian wajar berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna.
"Namun perkara ini bergantung kepada siling peruntukan yang ditetapkan oleh agensi pusat," katanya.
Adly menjawab soalan asal Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai usaha Kerajaan MADANI mengelak orang tengah dalam pembelian aset pertahanan negara melalui pendekatan G2G yang lebih telus dan bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menjawab pertanyaan pada Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Polis edar fotofit suspek simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Angkasa cadang koperasi teroka bidang pertanian berimpak tinggi
Antara pertanian berimpak tinggi yang boleh diteroka termasuk durian, vanila dan buah koko yang kini mendapat permintaan tinggi di peringkat global.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.